Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH...Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Wednesday, June 5, 2013

Kenapa Memilih Supplement?


Supplement Pilihan Hati!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Readers..
Harini saya nk share dengan u all kenapa saya mula menjadikan supplement sebagai teman rapat saya ketika ini.
Menginjak ke angka 30 ini saya mula tersedar bahawa memiliki tubuh badan yang sihat adalah sangatlah penting. Ini kerana ramai saudara-saudara terdekat saya telah mula mendapat penyakit-penyakit kronik sehingga membawa kepada kematian! Ohh, takutnya jika saya adalah salah seorang daripada mereka. Bagaimana dengan anak-anak jika saya tiada kelak di kala mereka masih memerlukan saya. Iye saya tahu ajal maut di tangan Allah namun kita masih boleh berusaha untuk mengelakkan mati dan menderita disebabkan PENYAKIT MERBAHAYA.
U all tahu kan bahawa rutin harian kita telah menyebabkan kita bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh terhadap kepentingan nutrisi makanan yang kita ambil. Saya yakin u all pun terlintas dalam kepala, “kenapa la orang dulu2 susah dapat penyakit kronik”. Nak dengar orang kampong sakit kanser pun susah. But now, dalam setahun ada je perkhabaran org tu kena kanser, org ni kena kanser. Menakutkan bukan? Dan saya perhatikan, pasangan-pasangan yang baru berkahwin sekarang ini amat sukar untuk hamil. Mengapa? Salah satu sebab adalah badan tidak mendapat vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita.
Saya dan suami juga adalah orang yang berkejaya, sentiasa sibuk di pejabat dan di tapak projek. Balik rumah lewat petang. Adakala matahari telah terbenam. Jadi weekdays kami, saya hanya sempat masak yang simple2 sahaja untuk dinner. Dan jika xsempat makan diluar sahaja. Dah la waktu lunch masa bekerja pun makan di kedai juga kan. Ohh sangat tidak sihat bukan? U all pun tahu bukan makan di kedai ni bukannya bersih sangat dan pak aji yang diletak dalam makanan kita xtahu la berapa sudu kann.. Dan masakan panas yang dimasak dengan api yg besar tu telah menyebabkan banyak nutrient dalam makanan tu hilang. Well apa nak buat, itulah gaya pemakanan kita sekarang ini dan kita sebenarnya terpaksa. Nak makan kat mana lagi kalau bukan kedai kan? Nak bawa bekal?Emm bukan hari-hari kita sempat sediakan bekal.
Tambahan pula, kita ni selalu sangat terdedah dengan pencemaran alam sekitar . Kononnya menyahut pembangunan sehingga our environment polluted! Berapa banyak kerajaan memperuntukan kos untuk merawat air yang telah tercemar. Tapi air yang dibekalkan di rumah masih belum mencapai tahap kebersihan yang optimum sehinggakan kita memerlukan penapis air. Macamana pula di kedai? Oh semestinya di kedai tiada penapis air. Saya boleh katakana untuk org berkejaya macam saya ini, 70% saya menikamati hidangan di luar yang belum tentu sihat pemakananannya. Iyelah, dari Breakfast, Lunch & Tea time semua di kedai. Silap-silap malam pun di kedai heeee…
Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan pun mungkin dah terjejas atau tercemar. Ini menyebabkan badan kita masih lagi kurang menyerap nutrien yang sepatutnya yang diperlukan oleh tubuh. Lain yang nk diserap lain pulak yang dapat kan. Kadang-kadang, walaupun kita telah cuba mengamalkan pemakanan yang sihat tapi ada sesetengah nutrient, badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi dan tidak cukup dengan hanya melalui apa yang kita makan setiap hari.
Oleh kerana itulah, saya terpanggil untuk mengamalkan supplement bagi memastikan badan saya mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Ini adalah satu USAHA bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat. Iyelah, dalam usia yang muda ni badan perlu dijaga supaya bila dah menginjak ke 50an, kita masih tetap sihat dan dapat kurangkan penyakit-penyakit kronik menyinggah kat kita.
Jadi, to all readers, jom kita amalkan pemakanan tambahan ini untuk support badan kita yang kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Peruntukan lah lebihan gaji setiap bulan untuk servis badan kita. Tak rugi! Malah kita akan tampil lebih bertenaga dan sihat untuk menjalankan aktiviti harian kita!
Regards,
- Concern Mommy -

No comments:

Post a Comment