Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to All Readers,
Untuk makluman u all, saya sebenarnya baru lepas habis pantang anak kedua. Semasa berpantang minggu pertama susu badan saya tidak banyak. Dan berlarutan sehingga minggu kedua. Masa tu saya mula bimbang, janganlah jadi macam anak pertama. Saya xberjaya menyusui anak pertama saya sepenuhnya sbb anak lelaki kan kuat minum. Bila susu xcukup mulalah dia meraung. Jadi masa tu saya dah mula topup dengan formula milk. Tambahan pula dulu bila masuk kerja, saya tidak sempat pam sebab asyik meeting dan keluar ke tapak projek. Mulalah susu saya kering pada ketika itu.
Jadi berpantang anak kedua ni, saya lebih teruja untuk menyusui anak saya sepenuhnya. Saya mula contact kawan saya dan dia memperkenalkan ESP Shaklee dan Alfafa Shaklee. Seminggu saya consume supplement ni Alhamdulillah saya mula tersenyum. Susu saya semakin bertambah. Kalau dulu, pam nak dapat 2 oz pun 30 minit. Sekarang dalam masa 10 minit saya dapat 4 oz lebih. Tu pun pam lepas susukan anak. Malam-malam baju saya mula basah sebab anak kedua saya ni malam dia tidur dan kurang menyusu. Berbanding anak pertama dulu, saya tidak pernah merasai baju saya basah dan payudara bengkak walaupun saya kurang susukan anak. Sedih betul!
Dan yang paling best, sejujurnya saya rasa lebih bertenaga. Dulu uruskan anak seorang, saya rasa penat yang amat sangat. Bangun malam menyusukan anak pun mata langsung tak boleh buka. Seingat saya, dulu saya jadi lesu, letih dan liat nak bangun untuk buat susu anak. Nak bangun pergi kerja pun malas. Untuk anak kedua ni, bila dah minum ESP, saya langsung tak letih bila bangun pagi keesokkan harinya walaupun saya tidur jam 12malam/1 pagi (sebab tengok movie okk hehe). Memang terasa sangat perubahan pada diri saya. Tambahan pula menguruskan dua orang anak ketika ini, memang saya rasa sangat bertenaga.
Sekarang saya masih lagi bercuti. Akan mula membuat stok sebelum masuk kerja. Saya berharap Allah melimpahkan rezeki anak saya kali ini. Amin Ya Rabbi…
So, sesiapa berminat dengan ESP Shaklee, sms saya untuk diskaun hebat dan share pengalaman dengan saya! Bukan untuk menyusu sahaja, bahkan untuk badan lebih sihat bertenaga, kulit yang cantik/tona warna yang sekata dan juga boleh membantu untuk tujuan kuruskan badan kerana produk ini mengenyangkan perut anda!
Happy Wednesday u all..
Regards,
No comments:
Post a Comment