Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH...Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Monday, August 1, 2011

Alpha Lipid Membantu Pesakit Hepatitis

Sempena Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai 2011 lalu, sekumpulan pakar terkemuka virus hepatitis menggesa pihak kerajaan dan orang awam di rantau Asia Pasifik untuk menjadi lebih peka kepada kesan dahsyat yang dibawa oleh hepatitis.

Kumpulan pakar, yang dikenali sebagai CEVHAP (Coalition to Eradicate Viral Hepatitis in Asia Pacific) telah dibentuk baru-baru ini bagi menghadapi masalah kurangnya kesedaran dan kemahuan politik untuk menangani isu-isu berkaitan dengan virus hepatitis.

Virus hepatitis, terutama sekali hepatitis B dan C, menjejas satu daripada 12 orang di seluruh dunia, dengan jumlah kematian dianggarkan satu juta orang setiap tahun.

Rantau Asia Pasifik menanggung beban utama virus hepatitis di peringkat global. China dan India dianggarkan mempunyai jumlah seramai 123 juta orang yang mengalami jangkitan Hepatitis B kronik dan 59 juta orang mengalami jangkitan Hepatitis C kronik, iaitu hampir 50 peratus daripada semua jangkitan di seluruh dunia.

Di Malaysia pula, dianggarkan seramai 2.5 juta penduduknya dijangkiti dengan Hepatitis B atau C kronik dan 25 peratus daripada jumlah ini menghadapi risiko kerosakan hati yang serius.4

“Virus hepatitis merupakan penyakit yang mengancam nyawa dan keadaan ini menjadi bertambah serius apabila sebahagian besar daripada mereka yang dijangkiti tidak menyedari bahawa mereka merupakan pembawa virus.
Isu
Kesedaran tentang penyakit ini telah menjadi satu isu penting,” kata perunding hepatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Ahli Majlis Eksekutif CEVHAP, Profesor Dr Rosmawati Mohamed.
Masalah ini menjadi semakin rumit kerana virus hepatitis merupakan penyakit yang senyap dan kebanyakan orang pula tidak tahu bagaimana penyakit ini boleh merebak dan tidak menyedari bahawa penyakit ini boleh membawa maut jika tidak didiagnosis lebih awal,” tambah beliau lagi.

Bilangan mereka yang dijangkiti secara kronik serta jumlah kematian setiap tahun akibat virus hepatitis melebihi jumlah penyebaran dan kematian akibat HIV/AIDS dan sebarang jenis kanser.
Walaupun penyakit ini memberi kesan sosial yang sama, namun hepatitis tidak mempunyai tahap kesedaran dan momentum politik yang serupa.

Matlamat CEVHAP adalah menjadi jambatan penghubung antara Resolusi WHO yang baru dengan rantau Asia Pasifik. Tumpuan awalnya adalah terhadap Hepatitis B dan C, dua jenis hepatitis yang mendatangkan kesan paling besar kepada rantau ini.

Jadikan Alpha Lipid sebagai minuman sarapan semasa perut kosong setiap pagi. INSYAALLAH tuan/puan yang sihat akan bertambah sihat dengan menjauhi penyakit dan yang ada masalah kesihatan akan bertambah pulih. Alpha Lipid bukan ubat, tetapi sebagai makanan tambahan yang merangsang pembentukan sel-sel dan mengandungi anti bodi yang boleh melawan penyakit dengan izin ALLAH S.W.T.. InsyaAllah.

Sila hubungi/SMS/emel saya untuk mendapatkan makanan tambahan / health supplement terbaik susu Alpha lipid.

Mohd Azizi Bin Abd Aziz
Supervisor
ID No : 255016
Tel No : 013 9837195

Emel: mohdazizi2u@gmail.com
N.Z New Image Sdn Bhd
Products : Alpha Lipid Lifeline, Slim Diet 2 & Alpha Lipid Sleep Time
website :
http://www.newimageasia.com.my/
Related Blog : http://slimdiet2-kurus.blogspot.com/
                    : http://sleeptime-net.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment