INFO SIHAT: ALPHA LIPID LIFELINE MEMBANTU MEMULIHKAN MASALAH EKZEMA
KULIT merupakan tisu nipis yang membaluti tubuh manusia dan merupakan antara bahagian badan yang cukup sensitif terhadap perubahan atau tekanan alam sekitar.
Ini kerana kulit merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar tubuh misalnya cuaca, sinar matahari atau yang lain.
Hal ini juga membuatkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan ada ketikanya diserang penyakit kulit.
Disebabkan keadaan sekeliling serta udara yang dilihat semakin tidak sihat hari ini, pelbagai jenis penyakit kulit atau penyakit berjangkit mampu âmenghuniâ tubuh badan yang terdedah.
Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah ekzema. Penyakit kulit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, dan kaum.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Holista Biotech Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rajendran Marnickvasagar, selain ekzema terdapat banyak lagi jenis penyakit kulit seperti dermatis serta alahan dan yang paling ekstrem ialah psoriasis.
Bagaimanapun tambah beliau, penyakit kulit yang biasa dihidapi masyarakat hari ini ialah ekzema di mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah.
Katanya lagi, keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun, dan sebagainya.
Nisbah satu daripada lima ini kebanyakannya tidak memerlukan rawatan di mana penyakit kulit ini akan datang dan pergi begitu sahaja.
Begitupun kesemuanya mempunyai satu talian genetik di mana kajian genetik menunjukkan bahawa seorang atau dua daripada ibu bapa boleh memberikan kesan genetik itu.
Yang pasti penyakit ini perlu ditanggung seumur hidup di mana tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya,â ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Namun begitu, Dr. Rajendran menjelaskan kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya dapat mengelak daripada terus merebak dan menjadi serius atau kronik.
Berbicara lanjut mengenai penyakit kulit tersebut, Dr. Rajendran menyatakan bahawa sehingga kini punca sebenar ekzema tidak diketahui tetapi biasanya dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi, dan sebagainya lagi.
Yang pasti, mereka yang mengalami masalah kulit ini perlulah mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan dan banyakkan senaman.
Pada masa yang sama, Dr. Rajendran turut menasihatkan pesakit agar memilih pemakan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.
Paling penting, pesakit memerlukan penjagaan doktor yang profesional dalam usaha mengawal penyakit kulit tersebut daripada merebak seterusnya menjadi serius dan kronik.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131217/kn_01/Rawat-ekzema#ixzz2nmdHjWhp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Amalkan meminum alpha lipid setiap pagi untuk meningkat membantu mempercepatkan proses pemulihan masalah kulit.
Ramai sebenarnya diluar sana yang mengalami masalah yang sama. Sekiranya ada antara kawan-kawan atau saudara atau ahli keluarga yang menghadapi masalah ini, tolong lah maklumkan kepada saya. INSYA ALLAH saya akan tolong.
Sila LIKE fanpage Alpha Lipid Lifeline Online Shop untuk perkongsian masalah kesihatan bersama.
Untuk pertanyaan atau pembelian, bole SMS/ Whatsapps admin di 0139837195 atauPM atau comment saja di post admin, admin akan reply segera.
Harga Biasa rm180/tin.
Beli sekarang pada HARGA PROMOSI RM160 (Free Shaker + Free Pos Laju)
Satu tin minum untuk sebulan
AZIZI
Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH...Amin
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment