Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH...Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Sunday, March 10, 2013

Alpha Lipid Lifeline dan KKM

Assalamualaikum semua...

Lately banyak kte dengar pelbagai jenis ubat2an yg dirampas tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan ramai yg bertanya adakah produk Alpha Lipid ni mendapat kelulusan.. Jadi kat sini, mari leha nk share sebab musababnye..

Apakah No pendaftaran KKM bagi produk Alpha Lipid Lifeline?

Produk Alpha Lipid Lifeline tidak mempunyai no pendaftaran KKM dan tidak berdaftar dengan KKM.

Mengapakah  Produk Alpha Lipid Lifeline tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ?

Oleh kerana Alpha Lipid Lifeline adalah MAKANAN KESIHATAN sama contohnya seperti MILO, ANLENE, Susu Dutch Lady maka ianya tidak perlu didaftarkan di Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini sememangnya tertakluk dibawah Akta Makanan.

Hanya ubat-ubatan beracun dan ubat tradisional MESTI didaftarkan menurut Akta Jualan Dadah 1952, dibawah kawal selia Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. (http://www.bpfk.gov.my/)




Menurut En. Wan Hamidi (pakar farmasi dan bekas pensyarah farmasi) dimana dulu beliau pernah bertugas di BPFK, Petaling Jaya pada tahun 1998-99. Beliau ditugaskan di bahagian Penilaian Kawalan Ubat dan Pendaftaran Ubat. Jelas beliau, sememangnya Alpha Lipid Lifeline merupakan serbuk kolostrum iaitu sejenis susu awal lembu dan sudah tentu TIDAK PERLU atau TIDAK BOLEH dikategorikan ianya sebagai UBAT.

Cuma kini ramai yang menganggap ianya seperti UBAT berikutan kerana ramai yang dulunya sakit dan kini berjaya pulih dari masalah kesihatan mereka.

Beliau menyeru kepada semua para pengedar lain supaya menerangkan kepada bakal pelanggan atau prospek bahawa Alpha Lipid bukanlah berupaya sepenuhnya memulihkan pelbagai penyakit, seperti darah tinggi, kencing manis, stroke, gout, athritis, migraine, dan sebagainya. Sebaliknya ia cuma Makanan Kesihatan bernutrien lengkap yang amat berfaedah kepada manusia.

"Jangan jadikan UBAT-UBATAN sebagai Makanan Anda...Jadikan Makanan Kesihatan seperti Alpha Lipid Lifeline sebagai makanan harian anda."

No comments:

Post a Comment